Tuesday, March 22, 2011

Sinopsis buku Remaja Kreatif Luar Biasa

Remaja yang berjaya dalam akademik tidak semestinya berjaya dalam kehidupan, tetapi remaja yang berjaya dalam kehidupan adalah remaja yang kreatif. Mengapa perlu menjadi remaja yang kreatif?

Menjadi kreatif adalah idaman setiap individu. Individu yang kreatif selalunya dipandang tinggi. Namun, tidak semua individu mampu memiliki kreativiti. Adakah kreativiti itu hanya hadir secara semula jadi? Kreatif adalah bakat dan kelebihan semula jadi yang sebenarnya memang ada dalam diri setiap individu.

Apabila tidak dibangunkan secara sedar, berkemungkinan kelebihan itu terbiar dan terpendam dalam diri, sampai bila-bila. Ada pendapat mengatakan, kreatif itu adalah anugerah yang dimiliki oleh mereka yang bertuah sahaja